Pelbagai pengalaman tanpa renungan dan penelitian tentang sesuatu perkara belum tentu mematangkan kita dalam sesuatu bidang. Begitu juga bila sudah berada di kepuk ilmu belum tentu kita berilmu. Ada orang yang sangat berbagga apabila sudah berada di dalam sesuatu kumpulan yang dirasakannya sangat berpengaruh. Sedangkan dia sendiri masih terpinga-pinga dengan intipati penyampaian orang-orang yang berkenaan. Orang cerita inti dia asyik tertipu dengan gaya orang, orang cerita isi dia asyik dengan fahaman khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. Orang berperi dengan pengalaman sendiri, dia berperi dengan kehebatan pengalaman orang. Sedarlah kita tak boleh nak tumpang lawa orang. Ibarat kita berjalan bersama orang lawa dah tentu orang nampak kita tak lawa. Begitulah bila kita rasa ilmu sedang mencari, dan diri kitakah yang dicari ilmu itu?
Sedikit tapi payah!
Sabtu, 11 September 2010
Jumaat, 10 September 2010
Air dan minyak
Hampir semua bahan yang wujud di dunia ini tidak dapat mencampurkan kedua dua bahan ini, iaitu air dan minyak. Tapi bila ia masuk ke dalam badan kita semuanya terlerai dan terurai serta dapat bercampur secara sebati pula, sudah tidak dapat dipisah di antara keduanya. Ia sudah menjadi sebati dalam diri kita. Hebatnya ciptaan makhluk bernama manusia. Begitulah jika diibaratkan air itu dunia dan minyak itu akhirat, di dalam diri yang bernama manusialah ia disebatikan dan tidak terpisah
Langgan:
Catatan (Atom)
Sebarang pembayaran boleh dibuat melalui :
Alamat :
Fauzi Bin Ibrahim
Lot 233 Jalan puteri saadong,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan.
Malaysia
H/P : 013 927 7371